'Tahniah Kak Yaa.' Irfan Haris menitis air  mata, gembira Amira Othman bakal berkahwin

EntertainmentLifestyle
8 Sep 2025 • 7:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BERITA gembira pelakon Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman bakal melangsungkan perkahwinan menjadi perhatian ramai.

Masakan tidak, kedua-duanya kerap menafikan adanya hubungan istimewa namun 'tahu-tahu' sahaja akan bergelar suami isteri pada 14 September nanti.

Adik bongsu Amira, penyanyi Irfan Haris menerusi Insta Story meluahkan rasa gembira dan terharu atas perkembangan kakak yang mesra disapanya Kak Yaa itu.

"Congratulation Kak Yaa, Ales happy for Kak Yaa. Alhamdulillah.

"Send help, tak boleh stop nangis," titipnya yang tidak henti mengelap air mata. 

image is not available

Penyanyi berusia 23 tahun itu juga dilihat menenangkan diri di atas pentas ketika Amira menjawab pertanyaan pengacara, Uyaina Arshad.

Dalam sidang media yang diadakan, pemenang tempat keempat Big Stage 2019 itu turut menyampaikan lagu duetnya bersama Amira berjudul  Rasa dan Takdir.

Terdahulu, Fattah Amin membuat kejutan romantis muncul dari belakang pentas majlis berkenaan.

Di penghujung persembahan, Irfan menyerahkan simbolik ‘kunci’ kepada Fattah, yang kemudian diserahkan kepada Amira sebagai tanda lamaran dan komitmen. Fattah dengan penuh emosi berkata, "Daripada rakan sekerja ke rakan serumah."

Pasangan tersebut mengumumkan bahawa mereka akan berkahwin pada 14 September 2025, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35. 

Majlis pernikahan akan berlangsung di sebuah hotel di Johor Bahru.