“Dia Lukis Diri Sendiri Ke..” – Lukisan Provokatif Han Sohee Jadi Bualan

28 Jan 2024 • 11:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa yang mengenali Han So-hee, pastinya mengetahui bahawa wanita itu juga sangat berbakat dalam bidang lukisan.

Terbaru, satu gambar lama di mana ia merupakan lukisan pelakon itu telah kembali tular di Twitter.

Dalam lukisan berkenaan dapat dilihat coretan wanita itu mengenai dirinya ketika berusia 27 tahun, “pemilik harmer (kucingnya)”, “misteri”, “keibuan”, serta “menjadi kucing kaya dan gebu dalam kehidupan akan datang.”

Pun begitu, ramai yang turut tertarik melihat kebebasan Han So-hee mengekspresikan dirinya dengan melukis wanita tidak berbaju langsung di samping ayat-ayat itu.

Bagi yang mahu melihat lebih banyak lagi lukisan tidak konvensional pelakon tersebut, boleh sahaja melawati laman Instagram Han So-hee kerana dia sering berkongsi lukisannya yang pelbagai di platform itu.

Kreatif kan Han So-hee?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.