“Dia lupa ke dia bawak kereta?”- Tindakan Pemandu Kereta Ikut Jejantas Buat Penunggang Motor Berang

Cars
23 Sep 2023 • 7:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan seorang pemandu kereta memandu di laluan jejantas motosikal di Johor menjadi tular.

Dipercayai sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dikesan menggunakan jambatan pejalan kaki dan motorsikal.

Walaupun jejantas itu tidak dibina untuk menanggung berat kenderaan yang lebih besar seperti kereta, ini tidak menghalang sesetegah pihak yang berani mahupun yang sengaja mencari masalah.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Taman Aman Senai, Johor mengundang pelbagai persepsi masyarakat.

Kereta itu kelihatan di tengah-tengah jejantas pejalan kaki, menyebabkan beberapa motosikal terhalang untuk menuruni laluan.

Video itu menjadi tular dan mendapat tontonan lebih 1195k dan 1.9k komen.

Rata-rata komen warganet mengecam kejadian itu dengan beranggapan pemandu itu cuai dan tidak seharusnya memandu kenderaan itu.

Jadilah seorang pemandu yang berhemah dan patuh kepada undang-undang dan tidak menyusahkan orang lain.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.