“Dia masuk kawasan Shark!” – Rezeki Abang ‘Rider’ Dapat ‘Selfie’ Dengan Syamsul Yusof Lepas Hantar Makanan

Entertainment
26 Apr 2024 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang yang selalu layan TikTok sekarang ni, mesti ada dengar satu sound dialog daripada salah satu babak lakonan Syamsul Yusof sebagai watak ‘Shark’ dalam filem KL Gengster.

Sound tersebut menjadi tular kerana ramai pengguna di platform tersebut melakonkan semula babak tersebut.

Semalam, salah seorang pengguna TikTok yang juga bekerja sebagai penghantar makanan telah memuat naik hantaran beberapa gambar dirinya bersama Syamsul Yusof selepas menghantar pesanan makanan di rumah pengarah filem itu.

image is not available
Sumber: tiktok

Syamsul Yusof ambilkan gambar dengan Lamborghini

Dapat dilihat dalam koleksi gambar tersebut, pengarah terkenal Malaysia itu tidak kekok melayani abang rider berkenaan yang ingin berswafoto dengannya.

Dia turut mengakui bahawa Syamsul Yusof yang menawarkan diri untuk mengambil gambarnya di kereta Lamborghini milik pengarah tersebut.

Terbalik pulak kan.. owner kereta yang tangkapkan gambar… Nak buat macam mana, memang berdua je time tu.. teringin jugak nak bergambar dengan Lambo..

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

“Untung Shark ambilkan gambar!”

Bagaimanapun, abang rider itu juga menggunakan sound tersebut dalam hantaran tersebut membuatkan ramai netizen berasa teruja kerana dia berpeluang berjumpa secara depan-depan dengan pelakon watak ‘Shark’.

image is not available

Beberapa netizen turut memuji Syamsul Yusof yang melayani peminatnya walaupun tidak diminta.

image is not available

Selain itu, ada juga netizen yang berasa trend dialog ‘Shark’ tersebut harus dihentikan kerana abang rider ini sudah berjaya berjumpa dengan pelakon watak itu.

image is not available

Steady lah bang selfie dengan Shark!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.