“Penyondol atau perampas tetap isteri yang sah” – Netizen ‘Panas’ Dengan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’

Entertainment
23 Apr 2024 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika ini, drama Lelaki Itu yang ditayangkan di TV3 menjadi perhatian ramai kerana mengetengahkan isu perkahwinan yang jarang dipertontonkan untuk orang ramai.

Menerusi perkongsian sedutan babak dalam drama ini, salah satu watak bernama Imani (Fazura) telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan seorang perampas yang sah juga ada hak untuk menuntut harta suaminya.

“Penyondol atau perampas tetap isteri yang sah. Tak pernah ada hukum menyatakan penyondol tiada hak untuk menuntut hak,” kata Imani dalam drama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

“Geram pula dengar”

Dialog yang dilontarkan oleh Imani ini telah menaikkan kemarahan netizen. Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen meluahkan pandangan tidak berpuas hati dengan kenyataan Imani.

Malah, ada juga mengatakan Imani tidak mengenang budi Qaidah (isteri pertama) yang dahulunya membantunya daripada bekas suaminya yang abusive serta menyayangi seperti adik sendiri.

image is not available image is not available

Terdahulu, drama ini menjadi bualan ramai apabila ia memaparkan plot terkahwin adik-beradik sendiri di luar pengetahuan masing-masing.

Isu yang diketengahkan juga turut menarik perhatian penceramah bebas untuk menjelaskan hukum menggugurkan kandungan hasil sumbang haram.

Tengah hangat isu penyondol, memang ramai yang panas hati la kan?

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article