“Dia Masukkan Tangan Dalam Baju Renang Saya” – Yasmin Hani

EntertainmentLifestyle
18 Sep 2025 • 1:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Yasmin hani ohmedia

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani mendedahkan pengalaman perit ketika zaman persekolahan apabila pernah menjadi mangsa gangguan seksual.

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku ketika dia berada di taman permainan bersama rakan-rakan.

Ketika itu saya di padang permainan dan berdiri sebelum turun gelongsor. Saya ternampak dalam sebuah kereta ada seorang lelaki asyik pandang saya dan kawan-kawan.

Dia panggil, tapi saya tak kenal… bila datang dekat, rupa-rupanya dia beronani. Saya jerit sebab nak kantoikan dia.

Kejadian di kolam renang, lelaki cuba ambil kesempatan

image is not available

Yasmin turut berkongsi satu lagi pengalaman ngeri ketika berada di kolam awam.

Seorang lelaki menawarkan diri untuk ajar saya berenang. Saya fikir tak mengapa sebab itu kolam awam. Tapi dia cuba masukkan tangan dalam baju renang saya. Saya terus jerit, dia lompat keluar kolam dan hilang.

“Saya sentiasa bawa payung” – Yasmin Hani

image is not available

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, insiden demi insiden membuatkan dia lebih berhati-hati.

Biasanya saya bawa payung ke mana-mana. Kalau ada cubaan sebegitu, saya sesah (libas) dengan payung. Tak pun saya jerit, biar orang lain nampak.


Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.