Sharnaaz Ahmad Reda Belum Berjodoh – “Jujur Memang Ada Cuba Mendekati, Ada Juga Saya Dekati”

EntertainmentLifestyle
9 Sep 2025 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita perkahwinan Fattah Amin turut menggembirakan rakan artisnya, Sharnaaz Ahmad. Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, dia tumpang gembira melihat sahabat kembali mendirikan rumah tangga meskipun dirinya belum berkesempatan melalui fasa sama.

Secara berseloroh, Sharnaaz mengakui mahu terus memegang ‘jawatan’ sebagai Presiden Persatuan Duda Malaya.

image is not available

Katanya kepada mStar,

Saya masih tamak dengan jawatan Presiden Duda. Kalau ada rezeki jodoh, Tuhan pasti beri, tapi buat masa ini saya reda dan syukur dengan rezeki lain.

Sharnaaz juga menegaskan dia tidak terlalu mencari pasangan kerana yakin wanita terbaik akan hadir sendiri pada waktunya. Katanya, biarlah jodoh datang tanpa dipaksa kerana ia lebih bermakna berbanding mencari secara berlebihan.

Pelakon ini turut mendedahkan pernah didekati wanita namun setakat ini lebih selesa berkawan. Walaupun kadangkala terasa sunyi, Sharnaaz mengakui gembira dengan kehidupannya kini.

image is not available 2025-08-30 14:41:35

Luahan Sharnaaz & Noor Nabila Buat Jebat Sentuh Hati Netizen - "Awak Mungkin Tiada Keluarga Normal.."