“Dia ni sakit ke?” – Wanita Maki Hamun Ibu Bapa di Media Sosial, Netizen Syak Ada Masalah Kesihatan?

Entertainment
12 Aug 2024 • 5:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video kini sedang tular dan mendatangkan rasa bimbang netizen terhadap tindakan seorang wanita ini yang dilihat selamba mengutuk dan maki hamun tentang sikap segelintir ibu bapa di media sosial.

Video tersebut telah meraih lebih daripada 2.7 juta tontonan di TikTok dalam masa 2 hari.

Seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa biasanya akan menghubungi kita untuk bertanyakan mengenai keberadaan kita dan ini tandanya mereka ambil berat terhadap kita dan sebagai satu cara menunjukkan kasih sayang mereka terhadap anak-anak.

Namun begitu, wanita tersebut dilihat seperti melepaskan geram terhadap ibu bapa yang sebegitu sambil mengeluarkan kata-kata kesat kerana geram dimarah oleh ibu bapa menerusi telefon.

Malah dia juga menemplak ibu bapa yang tak berikan anak duit dan mengutuk bahawa ia adalah kebodohan daripada ibu bapa tersebut yang jadi penyebab anak tidak berikan mereka duit kerana kacau si anak yang sedang mencari rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang pelik dan bimbang terhadap keadaan wanita ini dan ada yang menyifatkan bahawa wanita ini mungkin ada masalah kesihatan mental.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Haihh, mungkin ada lah tu sebab-sebab dia buat macam tu, tapi harap-harap dapatlah dikawal.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.