“Dia Ni Scam Orang Je” – Viral Video Rider Menangis 7 Bulan Tak Jumpa Anak, Bekas Isteri Dedah Perkara Sebenar

LocalFamily & Parenting
30 Jun 2026 • 3:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

“Dia Ni Scam Orang Je” – Viral Video Rider Menangis 7 Bulan Tak Jumpa Anak, Bekas Isteri Dedah Perkara Sebenar

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa sebak mendakwa sudah tujuh bulan tidak dapat bertemu anak-anaknya.

Dalam perkongsian itu, lelaki berkenaan turut mendakwa bekas isterinya meminta dia menyelesaikan hutang nafkah berjumlah RM4,000 terlebih dahulu, namun dia mengakui tidak mampu kerana berdepan masalah kesihatan.

Bekas isteri tampil beri penjelasan

Selepas video tersebut meraih perhatian ramai, seorang wanita dipercayai bekas isteri kepada lelaki berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar dari pihaknya.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, wanita itu menegaskan orang ramai tidak seharusnya terus menghukum atau membuat kesimpulan berdasarkan cerita yang belum pasti.

3 tahun cerita yang sama. Dia ni scam orang je. Orang kena tau juga sebab apa bekas isteri tak bagi anak. Kalau dah sesen nafkah tak bagi. Sakit sihat anak tak ambil tahu. Persekolahan anak tak ambil tahu. Ada ke ibu yang sanggup pisahkan anak dengan bapa. Kalau bapa tu tau tangungjawab. Ni nak bagi RM 50 seminggu pun tak pernah. Yang orang tau dia up je video TikTok. Viral.

Berdasarkan penjelasan itu, wanita terbabit mendakwa isu yang berlaku bukan sekadar soal seorang bapa tidak dapat berjumpa anak, sebaliknya berkait tanggungjawab yang didakwa tidak dipenuhi.

Dakwa anak tidak diambil tahu

@qasehadam6

mohon cari pemlik acc ni untuk buat permohonan maaf sbb dh menipu duit netizen2 ni!!!!!mohon

♬ original sound – hate – hate

Dalam kenyataan sama, bekas isteri lelaki itu turut mendakwa bekas suaminya tidak mengambil tahu soal kesihatan dan persekolahan anak-anak.

Malah, dia mempersoalkan sama ada wujud ibu yang sanggup memisahkan anak dengan bapa sekiranya si bapa benar-benar menjalankan tanggungjawab.

Wanita itu turut mendakwa cerita sama sudah berulang sejak tiga tahun lalu dan meminta orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan luahan yang tular di media sosial.

Kesian orang yan kena scam duit tu. Orang susah payah cari duit nak mati. Dia buat drama air mata je dapat duit. Kalau kata aku ni tipu pergi stalk semua video TikTok dia. Semua nangis minta simpati tapi time ada duit enjoy dengan betina lain.

Dalam kenyataan tersebut, wanita itu juga menyatakan pihaknya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang meninggalkan komen melampau.

Pssttt! Dalam isu melibatkan rumah tangga, nafkah dan anak-anak, orang luar memang sukar menilai hanya melalui satu video tular. Sebaiknya, perkara seperti ini diselesaikan melalui saluran yang betul kerana yang paling penting adalah kebajikan anak-anak tidak terabai.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Dia Ni Scam Orang Je” – Viral Video Rider Menangis 7 Bulan Tak Jumpa Anak, Bekas Isteri Dedah Perkara Sebenar appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved