‘Dia record video punggung saya!’ – Wanita dakwa diganggu lelaki pervert di NU Sentral

25 Jul 2024 • 2:58 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita menasihatkan orang ramai khususnya golongan wanita sekiranya berada di kawasan NU Sentral dan KL Sentral. Peringatan itu dibuat ekoran pengadu mengsyaki seorang lelaki cuba melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh rakannya bahawa lelaki itu merakam bahagian punggungnya secara diam-diam menggunakan telefon bimbit.

“Lelaki ini ambil video belakang saya dengan phone dia. Nasib baik kawan saya ternampak, sebab dia jalan lambat di belakang kami.

“Tolong berhati-hati dan sebarkan muka dia yang ada tanda hitam (tanda kelahiran) di bahagian dahi,” kata pengadu.

Jelas pengadu, tiada sebarang masalah dengan pemakaiannya dan menjadi persoalan mengapa lelaki terbabit menjadikannya sebagai sasaran.

“Saya pakai baju elok-elok, tak tuck-in ke apa, seluar slack pun nak record kenapa?

“Dia berdiri di belakang saya dan phone dia di bawah. Tetapi dia dah delete video itu bila kawan berdepan dengannya. Kenapa dia record belakang saya? DIa record dari bawah dan jarak yang sangat dekat.

“Dia mengelabah dan terus delete. Belum sempat kami berbuat apa-apa, dia dah lari,” katanya.

Orang ramai khususnya golongan wanita dinasihatkan sentiasa peka dan berwaspada sekiranya berada di lokasi tempat yang ramai orang. Jaga jarak diri daripada mana-mana individu yang tidak dikenali bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.