“Dia sendiri buka aib dia” – Hanya Mahu Lindung Kawan, Didie Alias Sedih Dipersalahkan

Entertainment
16 Aug 2023 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Adalah menjadi tugas seorang sahabat untuk sentiasa berpesan-pesan jika ada perkara tidak betul dilakukan.

Itulah niat pelakon dan pelawak terkenal Didie Alias susulan isu hubungan peribadi teman baiknya Enot yang dikatakan menjalinkan hubungan terlarang seperti mana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan Berita Harian, Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya dia hanya risau tentang kawannya itu yang dilihat sebagai adiknya sendiri.

image is not available

“Salahkah saya beri nasihat kepada seorang adik? Umur pun bukan muda lagi. Saya mahu Enot jalani kehidupan lebih baik bersama anak-anaknya.

Jujurnya, saya sendiri pelik apabila Enot mendakwa saya cuba buka aib, sedangkan dia sendiri buka aibnya apabila berkongsi kisah peribadi dalam media sosial.

Perkara ini orang sudah perkatakan sejak dahulu lagi. Saya juga tak tahu sama ada Enot faham atau tidak mengenai apa yang saya katakan.

Kenapa putar belitkan kenyataan, tuduh saya pula cuba aibkan dirinya,” katanya.

Difahamkan, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu sudah lama tidak berhubung dengan Enot selepas dia berpindah ke Melaka dan Enot yang juga seorang pelakon itu hanya memunculkan diri selepas kenyataan Didie dikeluarkan pihak media.

Didie meluahkan berkata dia tidak marah tetapi lebih kepada kecewa dan dalam laporan yang sama dia berkata inilah kenyataan terakhirnya berkenaan Enot.

Hmm, harap semuanya baik-baik sahaja…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.