“Dia tak handle makanan di kedai” – Risau Penyakit Berjangkit, Pekerja Kieda Crepe Beri Penjelasan

Entertainment
24 Jun 2025 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, usahawan terkenal di media sosial, Kieda Crepe berkongsi dia terkena jangkitan herpes.

Disebabkan itu, ramai yang risau akan kualiti makanan serta kebersihan yang dijual di Kieda Crepe House terutama sekali peminat setia kedai manisan itu.

Pun begitu, salah seorang pekerja Kieda Crepe House berkongsi bahawa Kieda tidak mengendali dan tidak terlibat di bahagian produksi.

@kiedacrepehouse

Terima kasih atas semua nasihat , kami cuba yang terbaik untuk semua tetamu #kiedacrepehouse . BIG TOUR KIEDA CREPE 3.0 – PAHANG 28.6.2025 SABTU 9 PAGI SAMPAI HABIS STADIUM MINI TEMERLOH PEMBELIAN CREPE BY COMBO & TIADA LIMIT …………………………………………………. BIG TOUR KIEDA CREPE 3.0 – JOHOR BATU PAHAT 5.7.2025 SABTU 9 PAGI SAMPAI HABIS LOTUS PARIT RAJA , BATU PAHAT PEMBELIAN CREPE BY COMBO & TIADA LIMIT @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE

♬ original sound – KiedaCrepeHouse – KiedaCrepeHouse

“Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Kieda berehat di rumah buat masa sekarang. Kalau nampak, live dia banyak di rumah sahaja.

Dalam masa terdekat ini, dia tak kendalikan makanan-makanan yang di kedai, malah dia juga tak masuk ke bahagian produksi.

Bagi yang was-was dengan makanan yang ada di Kieda Crepe House, jangan risau Kieda tidak mengendalikan makanan.

Dia ada juga masuk ke kedai, tetapi setakat untuk ambil barang-barangnya sahaja,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video penuh kontroversi di mana Kieda sedang berjumpa dengan doktor dan memberitahu dia mempunyai penyakit herpes.

Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya dan perkara itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.