Pekerja Pertahankan Kieda, Mohon Orang Ramai Batalkan Niat Boikot – “Jangan Sekat Tempat Kerja Kami..”

24 Jun 2025 • 2:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang wanita yang mengaku pekerja kepada pempengaruh dan usahawan terkenal, Kieda Crepe meminta orang ramai untuk membatalkan niat mahu memboikot perniagaan majikannya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Alya Azmri berkata, perniagaan yang diusahakan oleh Kieda itu merupakan tempatnya mencari rezeki bagi menyara keluarga.

image is not available

Katanya, jika orang ramai memboikot perniagaan itu, dia dan pekerja lain akan kehilangan punca pendapatan.

Jangan sekat tempat kerja kami (pekerja) cari rezeki. Kami ada yang cari rezeki untuk keluarga, ada yang nak simpan duit untuk kahwin dan ada yang simpan untuk diri sendiri.

Menjengah ke ruangan kapsyen, wanita itu menegaskan bahawa dia akan sentiasa menyokong Kieda walau apa jua ujian yang menimpa usahawan itu.

Kami akan sentiasa ada dengan Kieda.

@alyxzmri kami ada dengan kak @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE ♬ suara asli – maikelasiang

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta agar mereka menasihati Kieda supaya menjaga perilakunya. Malah, ada juga yang meminta agar mereka mencari pekerjaan lain.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 19 hours ago

"Mana Mungkin Aku Mengaibkan Suami Ku, Ada Yang Melawak Kasar Lagi Teruk Tapi Tak Jadi Tumpuan" - Kieda Crepe