“Dia Tak Sihat” – Halim Othman Enggan Komen Isu Pendedahan Anak Tak Sah Taraf

13 May 2024 • 8:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
halim othman

Hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam mengenai pendedahan pengacara dan pelakon, Myra Natasya mengenai status sebenar dirinya.

Myra membuat pendedahan itu dipercayai kerana berang Halim Othman mengubah maklumat bapa di sijil kelahirannya.

image is not available

Terbaru, mStar melaporkan Halim Othman enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan yang dibuat Myra.

Kata Halim, anaknya itu tidak berada dalam keadaan baik dan mereka sebenarnya sudah lama tidak berjumpa.

Basically I don’t have any further comments. She is not well. I just want her see me or her mother. I haven’t seen her for more than a year.

Bekas penyampai radio ini hanya mahu Myra datang bertemu dirinya atau ibunya.

image is not available

Dalam masa yang sama, Halim letih apabila isu ini diperkatakan sekali lagi. Dia mahu tutup cerita dan move on.

Kita move on, tak perlu dipanjangkan. Kita kena jaga sensitiviti banyak pihak.

Terdahulu, Myra menuntut Halim membuat permohonan maaf dan memberi penjelasan mengapa menukar maklumat bapa di surat beranak yang pada asalnya dibiarkan kosong.

Myra juga mendedahkan bapanya tiada hak membuat penukaran itu tanpa berbincang dengan dirinya terlebih dahulu.

Tambahan pula dakwanya Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.