“Tak Bercakap Dari 2022” – Myra Tuntut Halim Othman Minta Maaf, Beri Sebab Tukar Butiran Surat Beranak

13 May 2024 • 11:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
myra natasya

Anak kepada Halim Othman, Myra Natasya menuntut bapanya menjelaskan tindakan menukar butiran di surat beranaknya.

Jelas Myra, dia tidak berpuas hati apabila Halim secara tiba-tiba membuat pertukaran itu tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

image is not available

Dalam temubual bersama Majalah Remaja, Myra berkata sebelum ini dia hari-hari merayu selama 27 tahun meminta izin untuk mendedahkan identiti bahawa dia anak kepada Halim Othman.

Namun, Halim dikatakan tidak memberi izin sehinggalah Myra dikenali dalam industri seni.

Bila kita dah dapat nama dalam industri, dia pun terbuka hati. We respect that, kita sangat gembira. Dia cuba untuk jadi seorang bapa tapi hakikatnya sebab dia tak pernah jadi bapa pun dalam hidup saya.

Dakwa Myra lagi, hubungan mereka terputus dan tidak berhubung selepas Myra mengeluarkan kenyataan serta muncul dalam beberapa temubual bersama media.

Selepas habis je statement kita bagi, masuk talkshow and everything. Lepas tu dah habis. Our relationship ended there, we didn’t talk dari 2022 sampailah minggu ni. Kita tak bercakap langsung.

Myra berkata, dia hanya mahukan permohonan maaf dan penjelasan daripada Halim mengapa secara tiba-tiba maklumat di surat beranaknya ditukar.

Terdahulu, Myra menerusi Harian Metro mendedahkan cerita sebenar mengenai status dirinya. Myra mendakwa cerita yang dicanangkan di media sosial sebelum ini palsu demi menjaga nama baik bapanya.

Dakwa Myra, dia sebenarnya anak tidak sah taraf atau anak luar nikah kerana Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin.

Kredit: Instagram Majalah Remaja

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.