“Dia takut wartawan kejar” – Ina Naim Sangkal Dakwaan Anak Tak Restui Perkahwinan

Entertainment
14 Nov 2024 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ina Naim menjelaskan bahawa ketiadaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri, 14 ketika majlis pernikahannya beberapa hari lalu kerana tertidur.

Kenyataan itu diberikan menerusi satu sesi live di TikTok ketika Ina ditemani suami baharu, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41. Dia menyatakan bahawa Sallman juga sengaja menyibukkan diri dengan membantu kerja di luar kerana takut diserbu media.

“Ramai tanya pasal Sallman, hari pertama memang sibuk angkat dulang dan makanan sebab nak elakkan wartawan bertanyakan soalan kepadanya.”

“Dia takut wartawan kejar, masa saya tengah sibuk mekap, dia kata ibu ramainya wartawan.”

image is not available

Perkara ini dinyatakan susulan dengan timbulnya satu dakwaan yang kononnya Sallman tidak merestui pernikahan ibunya apabila wajahnya tidak kelihatan dalam video majlis perkahwinan Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu.

Jelas Ina lagi, Sallman tidak seperti anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie, 16, yang sentiasa bersedia dan yakin berdepan media.

“Dua anak perempuan saya wartawan tak bertanya. Hadie pula memang sentiasa bersedia, manakala Sallman tak berani nak bercakap.”

Dalam pada itu, Ina dilihat cukup bahagia bersama suaminya dan menjelaskan bahawa suaminya itu memiliki persamaan dengan arwah Suhaimi Saad kerana suka memberikan kejutan bunga kepadanya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.