Bekas suami kepada pelakon dan model Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, mendakwa bekas isterinya menyerahkan hak penjagaan penuh empat cahaya mata mereka secara sukarela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
Menurut Zackery, keputusan itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada April lalu selepas Zahnita sendiri memohon agar hak penjagaan anak-anak diserahkan kepadanya.
Advertisement

Katanya, sebelum keputusan itu dibuat, Zahnita terlebih dahulu meninggalkan anak-anak bersamanya ketika sambutan Aidilfitri sebelum memutuskan untuk menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya.
“Dia sendiri yang rela hati menyerahkan anak-anak kepada saya. Tiada paksaan daripada pihak saya pun. Sebenarnya dia bukan lepaskan hak penjagaan begitu sahaja tetapi dia tinggalkan anak-anak pada saya semasa Aidilfitri.
“Dia cakap nak keluar beraya bersama keluarga. Selepas habis raya, dia tidak ambil balik anak-anak. Bila saya hubungi dia, dia kata perlukan masa untuk bekerja dan sebagainya.
“Kemudian dia pergi mahkamah dan minta serahkan semua hak penjagaan kepada saya,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Zackery menafikan dakwaan bahawa keputusan Zahnita menyerahkan hak penjagaan anak mempunyai kaitan dengan masalah kewangan.
View this post on Instagram
Menurutnya, Zahnita masih mempunyai keluarga, pekerjaan dan menerima sokongan daripada pelbagai pihak.
“Kita boleh tengok dia dapat banyak sokongan daripada pelbagai pihak termasuk pereka fesyen dan sebagainya.
“Kalau hak penjagaan jatuh kepada dia pun saya tetap kena bagi nafkah. Jadi ini bukan soal masalah duit atau apa-apa. Semuanya mahkamah syariah yang tentukan,” jelasnya.
Zackery turut mendakwa Zahnita sudah kira-kira dua bulan tidak bertemu dengan anak-anak mereka, namun memaklumkan kesemua cahaya matanya kini berada dalam keadaan baik dan gembira tinggal bersamanya di Kuantan.
“Kalau sekarang ini sudah dua bulan dia tidak jumpa anak-anak. Mungkin ada dia hubungi melalui WhatsApp atau apa-apa tetapi untuk berjumpa memang tiada.
“Tapi Alhamdulillah, anak-anak okay dengan saya di Kuantan. Mereka pun seronok tinggal bersama saya,” katanya.
Mengulas mengenai tindakannya berkongsi keputusan mahkamah di media sosial, Zackery berkata ia bukan bertujuan mencari publisiti atau membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya mahu menjelaskan keadaan sebenar supaya masing-masing dapat meneruskan kehidupan.
“Sebenarnya saya sudah dapat keputusan ini sejak April lagi. Memandangkan ramai yang asyik bertanya mengenai hubungan dan status, jadi saya buat hantaran itu untuk jelaskan kepada semua.
“Kami sudah bercerai sejak Ogos tahun lalu dan kes-kes lain semua dia sudah digugurkan. Saya buat hantaran itu sebab nak jelaskan yang kami masing-masing sudah move on,” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Nak 'Clear' Nama Saya" - Bekas Suami Zahnita Muat Naik Perintah Mahkamah Syariah, Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak
The post “Dia Tinggal Anak Ketika Aidilfitri Dan Tak Ambil Balik” – Bekas Suami Zahnita Dakwa Hak Penjagaan Diberi Tanpa Sebarang Paksaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






