'Dia sendiri rela hati serah, kami sudah move on' - Bekas suami Zahnita terima hak penjagaan 4 anak

LocalFamily & Parenting
30 Jul 2026 • 7:39 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Dia sendiri rela hati serah, kami sudah move on' - Bekas suami Zahnita terima hak penjagaan 4 anak

BEKAS suami pelakon dan model Zahnita Wilson mendedahkan telah menerima hak penjagaan empat anak kepadanya pada April lalu.

Menurut Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 48, ia telah diputuskan mereka selepas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memihak selepas Zahnita secara rela hati menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada dirinya tanpa sebarang paksaan.

Memetik mStar, Zackery dilaporkan memberitahu bahawa Zahnita meninggalkan anak-anak kepadanya ketika sambutan Aidilfitri sebelum mengambil keputusan untuk menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya.

Image from: 'Dia sendiri rela hati serah, kami sudah move on' - Bekas suami Zahnita terima hak penjagaan 4 anak
Gambar fail

“Dia sendiri yang rela hati menyerahkan anak-anak kepada saya. Tiada paksaan daripada pihak saya pun. Sebenarnya dia bukan lepaskan hak penjagaan begitu sahaja tetapi dia tinggalkan anak-anak pada saya semasa Aidilfitri.

“Dia cakap nak keluar beraya bersama keluarga. Selepas habis raya, dia tidak ambil balik anak-anak. Bila saya hubungi, dia kata perlukan masa untuk bekerja dan sebagainya.

“Kemudian dia pergi mahkamah dan minta serahkan semua hak penjagaan kepada saya,” katanya.

Ahli perniagaan itu mengambil keputusan untuk memberi penjelasan keadaan sebenar supaya mereka dapat meneruskan kehidupan masing-masing. Malah Zachery tidak bertujuan mengaibkan mahupun mencari publisiti.

Image from: 'Dia sendiri rela hati serah, kami sudah move on' - Bekas suami Zahnita terima hak penjagaan 4 anak

“Sebenarnya saya sudah dapat keputusan ini sejak April lagi. Memandangkan ramai yang asyik bertanya mengenai hubungan dan status, jadi saya buat hantaran untuk jelaskan kepada semua. Masing-masing sudah move on.

“Kami sudah bercerai sejak Ogos tahun lalu dan kes-kes lain semua dia sudah digugurkan," ujarnya.

Sekadar info, Zackery dan Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, mendirikan rumah tangga pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025.

Dua dekad berkongsi hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden Ghouse, 4.

Sumber: mStar

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved