Zahnita Wilson Beri Hak Penjagaan Anak Penuh Kepada Bekas Suami Dengan Rela Hati

Family & Parenting
30 Jul 2026 • 1:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft bekas suami zahnita

Bekas suami kepada pelakon dan model Zahnita Wilson berjaya mendapat hak penjagaan 4 anak mereka selepas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memihak kepadanya pada April lalu.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 48 berkata, keputusan tersebut dibuat selepas Zahnita secara rela hati menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepadanya tanpa sebarang paksaan.

Artikel berkaitan : Bagai Tiada Titik Noktah, Sebutan 3 Kes Rumah Tangga Zahnita & Suami Disambung Ke Tarikh Baru

Artikel berkaitan : Susulan Dituduh Menipu Oleh Bekas Rakan Niaga, Zahnita Bakal Jawab Semua Isu Tular Di Mahkamah

Serah hak penjagaan dengan rela hati

Screenshot 2026 07 30 133549

Tambahnya, bekas isterinya itu meninggalkan anak-anak kepadanya semasa sambutan Aidilfitri sebelum mengambil keputusan untuk menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya.

“Dia sendiri yang rela hati menyerahkan anak-anak kepada saya. Tiada paksaan daripada pihak saya pun. Sebenarnya dia bukan lepaskan hak penjagaan begitu sahaja tetapi dia tinggalkan anak-anak saya semasa Aidilfitri.”

“Dia cakap nak keluar beraya bersama keluarga. Selepas habis raya, dia tidak ambil balik anak-anak. Bila saya hubungi dia, dia kata perlukan masa untuk bekerja dan sebagainya.”

“Kemudian dia pergi mahkamah dan minta serahkan semua hak penjagaan kepada saya.”

Sangkal sebab masalah kewangan

Screenshot 2026 07 30 133415

Dalam pada itu, Zackery juga menafikan keputusan Zahnita serahkan hak penjagaan anak itu ada kaitan dengan masalah kewangan.

Jelasnya, Zahnita masih mempunyai keluarga dan kerjaya selain menerima banyak sokongan daripada pelbagai pihak.

“Kita boleh tengok dia dapat banyak sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah pereka fesyen dan sebagainya.”

“Kalau hak penjagaan jatuh kepada dia pun saya tetap kena bagi nafkah. Jadi ini bukan soal masalah duit atau apa-apa. Semuanya mahkamah syariah yang tentukan.”

Dalam pada itu, Zackery mendakwa bahawa sekitar 2 bulan Zahnita tidak bertemu dengan anak-anak namun dia bersama 4 cahaya mata menjalani hidup bahagia.

“Kalau sekarang ini dah 2 bulan dia tak jumpa anak-anak. Mungkin dia ada hubungi melalui WhatsApp atau apa-apa tetapi untuk berjumpa memang tiada.”

“Tapi Alhamdulillah, anak-anak okay dengan saya di Kuantan. Mereka pun seronok tinggal bersama saya.”

Dalam pada itu, Zackery turut menjelaskan bahawa tujuannya bukanlah mencari publisiti atau membuka aib mana-mana pihak tetapi mahu menjelaskan keadaan sebenar supaya mereka dapat meneruskan kehidupan masing-masing.

“Sebenarnya saya sudah membuat keputusan ini sejak April lagi. Memandangkan ramai yang asyik bertanya mengenai hubungan dan status, jadi saya buat hantaran itu untuk menjelaskan kepada semua.”

“Kami sudah bercerai sejak Ogos tahun lalu dan kes-kes lain semua dia sudah gugurkan. Saya buat hantaran itu sebab nak jelaskan yang kami masing-masiing sudah move on.”

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved