“Dia Tolak Saya..” – Suka Kawan Baik Sendiri, Byun Wooseok Buka Cerita Tentang Cinta Pertama

Music
23 May 2024 • 2:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Byun Woo-seok telah berkongsi kisah mengenai cinta pertamanya.

Terbaru, Byun Woo-seok telah menjadi tetamu dalam rancangan “You Quiz On The Block”, di mana dia telah menceritakan kisah disebalik cinta pertamanya.

Pelakon itu berkata,

Cinta pertama saya adalah di sekolah menengah. Pada masa itu saya ada suka dekat seorang rakan saya dan kami sangat rapat dengan satu sama lain. Tapi, saya tak dapat nak meluahkan perasaan saya pada dia.

 

Tambahnya,

Saya rasa yang diri saya ni sangat menyedihkan. Saya dah rancang untuk beritahu dia masa kami jalan pulang ke rumah selepas habis sekolah, tapi saya takut jika dia tolak saya dan persahabatan kami terjejas. Disebabkan itu saya gagal untuk beritahu dia perasaan saya.

Ala kesiannya Byun Woo-seok..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.