“Dia tone deaf!”- Rashidi Ishak minta Fazura ambil guru vokal, perlu masa berlatih

EntertainmentMusic
6 Nov 2024 • 2:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon yang juga penyanyi, Rashidi Ishak minta Fazura ambil guru vokal bagi memperbaiki mutu nyanyiannya selepas suara figura berusia 41 tahun itu menerima pelbagai kritikan warganet sejak semalam.

Rashidi berkata, dia terpanggil untuk memberi komen mengenai persembahan aktres berkenaan dengan mencadangkan pengurus Fazura mencari guru vokal bagi membantu nyanyian bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

“Saya melihat nyanyian Fazura dalam sebuah rancangan di Jakarta.
“Pengurus Fazura perlu memberitahunya untuk mendapatkan jurulatih vokal. Dia tone deaf,”komennya jujur.

image is not available

Rashidi Ishak minta Fazura ambil guru vokal

Akuinya lagi, membawa genre balada bukanlah sesuatu hal yang mudah lebih-lebih lagi alunan lenggok Melayu.

image is not available

Menerusi hantaran di Threads hari ini, Rashidi berkata, Fazura memerlukan banyak masa untuk menjadi seorang penyanyi hebat.

Katanya lagi, dia juga yakin Fazura mampu menyanyi dengan lebih baik jika berlatih dengan bersungguh-sungguh dan mempelajari ilmu nyanyian.

“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih.
Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya.
“Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,”katanya lagi.

image is not available

Semalam, pelakon filem Pisau Cukur itu membuat penampilan sulung selepas bercerai dengan Fattah Amin ada 7 Oktober lalu dalam sebuah program bual bicara di Indonesia.

Bagaimanapun, nyanyian Fazura mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta telah mengundang kritikan ramai.

Sumber: threads @rashidi_ishak