Pelakon dan pemuzik (pemain gitar Dead Mushroom), Rashidi Ishak, baru-baru ini di Threads mengulas mengenai persembahan nyanyian Fazura yang mendapat kritikan daripada netizen selepas muncul dalam sebuah program di Jakarta.
Menurut Rashidi, pengurus Fazura perlu menasihati pelakon dan penyanyi itu mendapatkan jurulatih vokal bagi memperbaiki kualiti nyanyiannya.
“Saya tengok nyanyian Fazura dalam satu rancangan di Jakarta baru-baru ini. Pengurusnya perlu beritahu dia untuk dapatkan jurulatih vokal. Dia sumbang. Balada bukan mudah untuk dinyanyikan, apatah lagi lenggok Melayu,” kata Rashidi.

Beliau turut menjelaskan, menyanyi adalah kemahiran yang boleh dipelajari tetapi untuk menjadi penyanyi hebat memerlukan masa dan latihan berterusan.
“Dia perlu cepat-cepat dapatkan jurulatih vokal. Menyanyi adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Untuk menyanyi dengan baik memerlukan masa untuk berlatih.
“Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor pernah kata ketika dia muda, dia berlatih menyanyi 8 jam sehari atau lebih kurang begitu. Jadi, saya yakin Fazura boleh. Cuma terpulang pada dirinya sama ada mahu atau tidak,” jelasnya.
Menurut Rashidi, beliau bukanlah mengharapkan Fazura mencapai tahap penyanyi hebat seperti Kris Dayanti, tetapi sekurang-kurangnya mampu menyanyi dengan tepat.
“Saya tak mengharapkan dia menyanyi macam Kris Dayanti, tapi sekurang-kurangnya menyanyi dengan pitch yang betul. Itu asas yang sangat penting dalam nyanyian.
“Dia ada tona suara yang manis, cuma dia perlu nyanyi dengan pitch yang betul. Itu saja,” tambahnya.
The post ‘Dia tone deaf’ – Rashidi Ishak nasihatkan Fazura ambil jurulatih vokal appeared first on The Reporter.


