“Dia tukar QR company kepada QR personal dia” – Azza Elite Kena Tipu Dengan Pekerja Sendiri

Entertainment
29 Oct 2024 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila menjadi seorang peniaga, kita berdepan dengan bukan sahaja telatah pelanggan tetapi juga perangai pekerja.

Penyanyi era 90-an Azza dari kumpulan Elite baru-baru ini berkongsi perniagaannya menghadapi kerugian apabila salah seorang pekerjanya membuat sesuatu yang luar dari jangkaan di mana dia menukar kod QR kedai itu kepada kod peribadinya.

Dalam temubual dengan Melodi TV3, Azza berkata dia seakan dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena namun dia tidak menghiraukannya.

“Dia mengambil hasil dari jualan saya, tapi dia tak ambil banyak, dia ambil sikit- sikit tapi setiap hari. Saya anggap bukan rezeki saya tapi saya dah bagi semua kepercayaan saya kepada pihak polis,” katanya.

Perkara itu terbongkar apabila ada pelanggan yang ingin refund pembayaran barangan namun apabila pelanggan itu berkongsi resit pembayaran itu, ternyata wang itu sampai ke akaun lain dengan nama pekerjanya itu.

Azza Elite atau nama sebenarnya Nor Azzarima binti Zawari berkata pekerjanya itu sudah 5 bulan bekerja dengannya, sejurus tindakan kotornya itu terbongkar, Azza memberhentikannya dengan serta-merta.

Dia juga menganggap dugaan ini sebangai satu pengajaran selain mengingatkan peniaga di luar sana lebih berhati-hati.

Bahaya betul bila tidak amanah dalam bekerja.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.