‘Dia wira kami, terima kasih perkenalkan Haroqs kepada dunia’

LocalWorld
21 May 2026 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ‘Dia wira kami, terima kasih perkenalkan Haroqs kepada dunia’
Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs didakwa diculik tentera rejim Zionis Israel.
Image from: ‘Dia wira kami, terima kasih perkenalkan Haroqs kepada dunia’
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza mendakwa semua kapal dalam konvoi bantuan itu telah dirampas oleh Israel. Gambar fail.
Image from: ‘Dia wira kami, terima kasih perkenalkan Haroqs kepada dunia’
Para aktivis misi kemanusiaan GSF 2.0 memulakan pelayaran mereka di Laut Mediterranean dari Pelabuhan Barcelona menuju ke Gaza dengan ribuan penyokong dari pelbagai negara berhimpun di Moll de la Fusta. Foto fail Bernama

PETALING JAYA – Keluarga kepada seorang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs, yang didakwa diculik tentera rejim Zionis Israel, dipercayai turut menerima ugutan daripada pihak dikaitkan dengan Mossad.

Perkara itu tercetus susulan satu hantaran tular oleh akaun tidak rasmi di platform X dikenali sebagai Mossad Commentary yang memuat naik gambar serta video memaparkan wajah aktivis berkenaan sehingga mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dari Malaysia.

Dalam hantaran tersebut, akaun berkenaan menulis kapsyen: “Ini adalah salah seorang aktivis Global Sumud Flotilla. Jika anda mengenali ibunya, beritahu dia dia okey. Saya pasti dia sedang bimbang tentangnya.”

**media[3528252]**

Perkongsian itu bagaimanapun menerima kecaman ramai apabila pengguna media sosial Malaysia membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respons mempertahankan Haroqs serta mengecam tindakan rejim Zionis.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel rampas semua kapal GSF - Penganjur Flotila

Lebih 400 aktivis flotila ditahan, didakwa dikasari tentera Israel

Seorang pengguna X dikenali sebagai Mia menyifatkan Haroqs sebagai individu yang lebih berani berbanding pihak yang bersembunyi di sebalik akaun media sosial.

“Terima kasih kerana memperkenalkannya kepada dunia. Dia jauh lebih berani daripada anda yang berselindung di sebalik akaun Zionis,” tulisnya.

**media[3528253]**

Seorang lagi pengguna, Littlida, turut mempertikaikan tindakan terhadap aktivis kemanusiaan yang dalam misi membantu penduduk Gaza.

“Ibunya percaya kepadanya. Anda pula menahan aktivis yang menjalankan misi kemanusiaan ke Gaza,” katanya.

Turut meninggalkan komen ialah pengguna Mugiwara yang mendakwa tindakan itu dilakukan kerana takut rahsia tertentu terbongkar.

“Ibu dia tahu dia seorang hero dan ramai menyokongnya,” tulis seorang lagi pengguna dikenali sebagai Shaft Reviews.

Terdahulu, isu melibatkan aktivis GSF 2.0 itu menjadi perhatian selepas didakwa ditahan tentera Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

View Original Article