Dialog tarik balik cadangan pemberian opsyen ESOS kepada CEO Mustaffa Kamal

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2026 • 6:06 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Dialog tarik balik cadangan pemberian opsyen ESOS kepada CEO Mustaffa Kamal Image from: Dialog tarik balik cadangan pemberian opsyen ESOS kepada CEO Mustaffa Kamal hamden13/11/2026 - 18:06 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Nov – Dialog Group Berhad (Dialog) memutuskan untuk menarik balik cadangan peruntukan opsyen di bawah Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mustaffa Kamal Abu Bakar, susulan maklum balas pihak berkepentingan.

 

Keputusan itu dibuat selepas kumpulan berkenaan menjalankan pertimbangan dan penelitian sewajarnya terhadap maklum balas yang diterima.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Dialog berkata, penarikan balik itu membabitkan Resolusi Biasa 9 yang disenaraikan sebagai salah satu agenda dalam Notis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-38 syarikat.

 

Sehubungan itu, pemegang saham dimaklumkan bahawa resolusi berkenaan tidak lagi akan dibentangkan untuk pertimbangan pada AGM Ke-38 yang dijadualkan berlangsung pada 19 November 2026.

 

Sebelum ini, Dialog menerusi pengumuman pada 19 Oktober 2026 memaklumkan cadangan peruntukan opsyen ESOS kepada Mustaffa Kamal, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved