“Semua Orang Pun Ada Dosa Silam” – Netizen Puji Memey Suhaiza Tetap Tenang Walau Dihimpit Isu Lama

7 Jul 2026 • 11:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di sebalik isu lama yang kembali hangat diperkatakan, ruangan komen Instagram isteri kepada Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza turut menjadi perhatian netizen.

Bukan kerana Memey tampil membalas atau masuk campur, sebaliknya ramai yang dilihat memuji sikapnya yang tetap tenang, positif dan memilih untuk terus fokus pada kehidupan serta perniagaan.

“Mummy terus why bother, pandang depan”

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Menerusi ruangan komen di Instagram Memey, seorang netizen dilihat meninggalkan kata-kata sokongan apabila memuji sikapnya yang tidak melayan perkara negatif.

memey suhaiza

Komen itu seolah-olah menggambarkan rasa kagum netizen terhadap Memey yang dilihat tidak mudah melatah walaupun namanya terpalit dalam cerita lama.

Dalam masa sama, seorang lagi netizen mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah membuka aib orang lain kerana setiap manusia mempunyai kisah silam masing-masing.

memey

Komen tersebut turut mendoakan agar Memey terus maju dan tidak terganggu dengan perkara negatif yang muncul di media sosial.

Selain itu, ada juga netizen yang menyifatkan Memey sebagai seorang yang tenang kerana tidak berlebihan melayan tohmahan atau sindiran.

Setakat ini, Memey tidak dilihat mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai isu lama yang sedang kembali menjadi bualan ramai.

Pssttt! Bila kisah lama kembali dibangkitkan, memang mudah keadaan jadi panas apatah lagi apabila ia melibatkan nama-nama yang dikenali ramai.

Apa pun, sikap memilih untuk tenang dan tidak melayan semua perkara juga satu bentuk kekuatan. Kadang-kadang, terus pandang ke depan lebih baik daripada membuka semula luka lama.

Kredit: Instagram Memey Suhaiza
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Semua Orang Pun Ada Dosa Silam” – Netizen Puji Memey Suhaiza Tetap Tenang Walau Dihimpit Isu Lama appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved