Diana Danielle Akui Lebih Bahagia Setelah Rujuk Dengan Farid Kamil

11 Jun 2024 • 3:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Wah pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle makin bahagia ye sekarang. Betul orang kata kalau kita bagi peluang kedua dekat orang yang tepat, mereka akan gunakan sebaiknya.

Diana mengakui mereka dapat mengukuhkan kembali hubungan mereka dengan komunikasi dan bertolak ansur.

Tambahnya Farid juga kini lebih peka dan banyak meluangkan masa bersama keluarga berbanding sebelum ini.

Alhamdulillah hampir setahun nampaknya banyak yang positif dan anak-anak juga baik sebab kami baik dalam komunikasi serta bertolak ansur malah kehidupan di rumah pun nampaknya tidak lagi mencabar.

Bila ada komunikasi dan perancangan bersama jadi kami ada rasa sehaluan malah kalau ada apa-apa masalah kami cuba selesaikan bersama.

image is not available

Pelakon jelita ini juga mengakui apa yang terjadi sebelum ini membuatkan suaminya lebih ambil tahu tentangnya dan turut serta dalam aktiviti bersama anak-anak.

Dia lebih ambil tahu saya pergi mana, buat apa, kalau saya perlukan pertolongan dia lebih peka.

Untuk rekod, Diana dan Farid telah sah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos 2023 dan rujuk kembali pada 31 Ogos pada tahun yang sama.

Alhamdulillah, dorang pun dah bahagia semula. Ha terbuktilah kadang-kadang peluang kedua itu perlu. Jadi buat korang yang masih terfikir-fikir lagi, cuba bagi pasangan korang peluang kedua hihi.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.