Diana Danielle Dedah Kekasih Kepada Umum – “Dia Memang Boleh Dibuat Suami”

Entertainment
18 Jun 2026 • 12:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Diana Danielle mendedahkan kekasihnya yang dikenali sebagai Bern merupakan seorang individu yang sangat menyokong kerjayanya.

Memetik Astro Gempak, Diana berkata dia banyak meminta pandangan daripada kekasihnya terutama melibatkan hal kerja, selain menyifatkan Bern sebagai seorang yang mengambil berat.

Advertisement
View this post on Instagram

“Partner saya memang sangat supportive dan dia ambil berat. Dia pastikan semuanya teratur. Saya memang banyak minta pandangan dia tentang apa yang saya patut buat dan sebagainya.”

“Dia sangat terlibat dengan kerja saya dan juga keputusan harian saya, tetapi dalam keadaan yang positif,” katanya.

Dalam masa sama, Diana turut berkongsi bahawa hubungan mereka kini menuju ke arah yang lebih serius.

Diana Danielle

Malah, pelakon itu mengakui kekasihnya mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan suami.

“Insya-Allah, memang ke arah itu (berkahwin). Cuma nak kata bila, saya betul-betul tak pasti lagi. Tapi saya rasa dia memang seorang yang boleh dibuat suami,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Diana Danielle Dedah Kekasih Kepada Umum – “Dia Memang Boleh Dibuat Suami”2026-06-17 12:59:06

"Baik Aku Cakap Dengan Haiwan" - Sasha Aziz Berang Netizen Pertikai Dirinya Pakai Khiban

The post Diana Danielle Dedah Kekasih Kepada Umum – “Dia Memang Boleh Dibuat Suami” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved