Diana Danielle Didakwa Failkan Permohonan Cerai

Entertainment
20 Mar 2023 • 1:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon terkenal tempatan Diana Danielle difahamkan telah memohon cerai terhadap suaminya yang juga pelakon ternama, Farid Kamil.

Menurut laporan Utusan Malaysia pelakon filem Imaginur itu telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

image is not available

Difahamkan, permohonan tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pagi tadi, bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Selain itu, didakwa pasangan tersebut tidak lagi tinggal serumah dan Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.