Diana Danielle tiada selera beli rumah – “Saiz kotak kasut, harga setengah juta!”

12 Sep 2024 • 10:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Diana Danielle tiada selera untuk membeli rumah di tanah air sendiri memandangkan saiz kediaman yang ditawarkan tidak berpadanan dengan harga yang ditetapkan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson di laman X, dia bimbang tiada pihak yang berminat untuk membeli aset berkenaan yang pada akhirnya hanya menanggung sejumlah kerugian.

Diana Danielle tiada selera

image is not available

“Tak ada selera nak beli rumah di Malaysia sekarang. Semua saiz kotak kasut harga setengah juta.

“Nak let go nanti tak ada pembeli, last-last jual dengan menanggung kerugian. Beli emas je tak sakit hati,” katanya.

Diana Danielle tiada selera

image is not available

Netizen setuju dengan pandangan Diana

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan ibu kepada dua cahaya mata itu majoriti rakyat Malaysia gagal untuk membeli rumah pertama mereka disebabkan harga terlalu mahal selain turut dipengaruhi beberapa faktor lain.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada kediaman yang tawarkan harga berbaloi

Dalam pada itu, ada segelintir individu mendedahkan terdapat beberapa kawasan yang masih meletakkan harga rumah mampu milik malah berdekatan dengan kemudahan dan akses lain.

image is not availableimage is not available

image is not available image is not available image is not available

Sumber: X @Diana Danielle