Diana Rafar bimbing wanita peluk Islam, hadiahkan senaskah al-Quran & telekung

26 Jun 2025 • 3:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wanita peluk Islam

Pelakon dan penyanyi, Diana Rafar sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen menyentuh hati membimbing seorang wanita peluk Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Diana dilihat tenang dan penuh rendah diri membantu wanita berkenaan melafazkan kalimah suci itu satu per satu, sebagai tanda sah memeluk agama Islam.

Wanita peluk Islam

image is not available

“Semua berlaku dengan Izinnya beruntungnya Dia, begitu mudah Allah hapuskan dosa dia seperti bayi baru dilahirkan.

“kita doakan keluarga baru kita terus istiqamah dalam hatinya kepada Islam. Semoga kita pun berpeluang unttk dapat cahaya Nur macam sahabat baru kita bila dosa semua dihapuskan,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Dalam perkongsian itu juga, Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar turut menghadiahkan senaskah al-Quran dan telekung kepada wanita mualaf tersebut ketika meluangkan masa bersama di sebuah restoran.

Netizen luah rasa syukur, sebak

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada pengikutnya yang rata-rata turut bersyukur dan mendoakan kesejahteraan buat wanita itu, serta memuji sikap terbuka dan dakwah penuh hikmah yang ditunjukkan oleh Diana.

image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai berharap agar wanita berkenaan terus istiqamah dan diberi kekuatan untuk mendalami ajaran Islam secara menyeluruh.

image is not availableimage is not available

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Diana terlibat secara langsung membantu seseorang untuk mengucap dua kalimah syahadah dan membantu mereka memeluk agama Islam.

Sumber: Instagram @Diana Rafar