
Pelakon terkenal, Abby Abadi sekali lagi menarik perhatian warganet apabila memuat naik luahan hati penuh emosi.
Menerusi TikTok, pelakon itu seakan mencerminkan perasaan kecewa dan kesabaran yang kian diuji.
Jangan ajar aku tentang sabar, aku pernah dikecewa setengah nyawa.
Dianiaya seperti tiada hati, kamu tahu rasanya dibunuh tapi tidak mati?
Abby Abadi minta didoakan kekuatan diri
Tak berharap apa2… cuma doakan Sy terus kuat & terhebat berjuang utk kehidupan didunia/akhirat sana : @PINOGRAPHY
Meskipun sedang berdepan ujian, Abby tetap memohon agar orang ramai tidak bersimpati, sebaliknya mendoakan agar dirinya kekal kuat menghadapi kehidupan dunia dan akhirat.
Tak berharap apa-apa, cuma doakan saya terus kuat dan jadi terhebat berjuang untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
Isu keluarga masih hangat diperkatakan

Sejak minggu lalu, konflik keluarga Abby mula menjadi tumpuan ramai selepas menantunya, Ahmad Aslam, membuat permohonan maaf secara terbuka.
Isu tersebut kemudiannya berlanjutan dengan kenyataan balas antara Abby, Aslam dan dua isterinya, Umisya Mazlan serta Marissa Dania di media sosial.
Dalam hidup, sabar memang bukan satu perkara mudah. Tapi kadang-kadang, dengan bersabar kita sebenarnya sedang membina kekuatan dalaman yang luar biasa. Terus kuat, Abby!
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.

