Dibimbing Sejak Usia 19 Tahun, Shah Firdaus Kenang Pengorbanan John Beasley

19 Oct 2026 • 11:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dibimbing Sejak Usia 19 Tahun, Shah Firdaus Kenang Pengorbanan John Beasley

Pelumba trek negara, Shah Firdaus Sahrom menyifatkan pemergian pengarah teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley sebagai kehilangan besar dalam perjalanan kariernya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shah meluahkan penghargaan terhadap jurulatih yang banyak membimbingnya sejak berusia 19 tahun, bukan sahaja sebagai atlet malah sebagai individu.

"John, terima kasih atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang anda curahkan selama ini.

"Saya sudah bersama dengan anda sejak saya berusia 19 tahun dan saya boleh katakan banyak yang saya telah pelajari dari anda, bukan sahaja di trek, malah dalam kehidupan," katanya.

Menurutnya, John banyak mengajarnya tentang kehidupan dan membentuk nilai diri yang terus dibawa bersama sepanjang perjalanan dalam sukan berbasikal.

Shah Firdaus Kenang Pengorbanan John Beasley

Image from: Dibimbing Sejak Usia 19 Tahun, Shah Firdaus Kenang Pengorbanan John Beasley

Dalam pada itu, Shah turut mengenang pelbagai pengalaman yang dikongsi bersama John, termasuk kejayaan berdiri di podium serta detik sukar ketika berdepan cabaran dalam kariernya.

"Terima kasih juga kerana anda terus berada di sisi saya penajngan tempoh pemulihan saya yang paling sukar.

"Saya tidak akan pernah lupa saat anda menunggu ketika saya berada di dalam bilik pembedahan.

"Sejujurnya, saya tidak dapat membayangkan betapa lamanya penantian itu terasa buat anda," ujarnya.

Image from: Dibimbing Sejak Usia 19 Tahun, Shah Firdaus Kenang Pengorbanan John Beasley

Dalam masa sama, pelumba itu berkata John bukan sekadar jurulatih, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya bersama isterinya, Vicky.

"Anda dan Vicky akan sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hidup dan perjalanan karier saya.

"Ketika anda berdua memulakan lembaran baharu ini, saya doakan agar kalian sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan," luahnya.

Baca juga:

Walaupun mengakui sebahagian dirinya berharap John dapat terus bersama skuad negara lebih lama, Shah berkata dia gembira asalkan John bahagia.

"Secara jujurnya, sebahagian daripada diri saya berharap anda dapat terus tinggal lebih lama.

"Namun, jauh di sudut hati, saya gembira selagi anda melakukan perkara yang membahagiakan anda.

"Selepas segala yang telah anda berikan kepada kami, anda juga berhak mendapat kebahagiaan itu," ujarnya.

Image from: Dibimbing Sejak Usia 19 Tahun, Shah Firdaus Kenang Pengorbanan John Beasley

Beliau turut berkata Malaysia akan sentiasa menjadi antara rumah buat John dan pintunya sentiasa terbuka sekiranya jurulatih itu ingin kembali pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved