Didakwa Beri Kritikan Terhadap Siti Nurhaliza, Tiz Zaqyah & Amir Jahari Dikecam Sitizoners

18 Jun 2024 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kritikan kerana sepentas dengan penyokong Israel Zionis, komposer David Foster dalam satu persembahan di Indonesia.

Berikutan itu, ramai mempersoalkan keperluan penyanyi itu untuk berkolaborasi dengan David Foster memandangkan reputasinya yang sentiasa bersolidariti dengan rakyat Palestin sejak dahulu lagi.

Namun, nama pelakon Tiz Zaqyah dan penyanyi Amir Jahari menjadi tumpuan penyokong Siti Nurhaliza (SitiZoners) gara-gara kenyataan kedua-dua selebriti itu yang kononnya mengkritik penyanyi kegemaran mereka.

 

Difahamkan, Tiz ada meninggalkan komen di satu ciapan individu yang mengkritik tindakan Siti Nurhaliza itu.

image is not available

Manakalah ciapan Amir Jahari yang disifatkan umum di mana dia memberi pesanan kepada orang ramai di luar sana untuk menjadikan Rasulullah sebagai idola yang utama dan bukannya manusia.

image is not available

Ciapan itu kemudiannya membuatkan Sitizoners terkesan dan terus menghentam Amir Jahari dan Tiz Zaqyah.

Gara-gara komen SitiZoners itu, ramai tampil memberikan reaksi pelbagai malah ada yang menggelar mereka itu sebagai pentaksub yang melampau.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Siti Nurhaliza Dikecam Aktivis Anti-Isr*el Gara-Gara Buat Persembahan Di Konsert David Foster