Didakwa Guna ‘Glove’ Sama Tarik Karpet Merah & Hantar Piza, Jofliam Tampil Beri Penjelasan - “Sarung Tangan Berbeza, Banyak Saya Tukar…”

16 Jun 2025 • 7:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan pempengaruh tampil memberikan penjelasan susulan tular dakwaan tidak menjaga kebersihan semasa menghantar piza kepada pelanggan di sebuah tempat letak kereta baru-baru ini.
 

Nafi guna sarung tangan sama untuk tempoh masa lama


Menjelaskan perkara itu, Jofliam berkata dia tidak akan menggunakan sarung tangan sama untuk jangka masa yang lama.



Malah kata Jofliam, dia akan kerap menggantikan sarung tangan yang baharu untuk menjaga kebersihan.


“Kereta yang sama, sarung tangan berbeza. Banyak sebenarnya saya tukar, itu tidak termasuk tisu basah dan lap tangan.

“Checkpoint 2 tidak terlibat pemprosesan piza, hanya pegang kotak,” jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story.


image is not available


Terdahulu, Jofliam menjadi perbualan netizen selepas tular dakwaan menggunakan sarung tangan yang sama untuk mengendalikan pelbagai perkara termasuk mengalihkan karpet merah dan mengelap peluh di bahagian dahinya.