
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kalau bercerita bab travel ni, siapa sahaja yang tidak suka bukan? Selain dapat melawat tempat baru, kita juga boleh tenangkan diri daripada stress kerja dan lari dari rutin harian yang biasa dilakukan.
Pergi kerja hadap jam, masuk pejabat, lepas itu balik kerja hadap lagi jam, ahh boring!
Tapi ada perkara yang tak best pasal travel ni, korang kena bawa pelbagai barangan keperluan lagi-lagi kalau korang berada di sesuatu destinasi itu untuk jangka masa yang agak lama.
Paling spoil mood bercuti bila korang baru sedar yang barangan penting yang patut ada bersama tertinggal di rumah, dah jadi satu kerja nak kena beli baru atau memikirkan alternatif lain.
Baca Artikel Berkaitan: Pastikan Ada Beli 4 Kelengkapan Ini Jika Nak Selesa Masa Travel
Lupa bawa seterika, nasib suami kreatif
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kreativiti seorang suami selepas dia dan isterinya terlupa untuk membawa seterika dipercayai semasa mereka sedang bercuti.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok isterinya @hnyy55, wanita itu memaklumkan idea suaminya untuk menggunakan kaedah lain bagi menggantikan seterika berhasil.
“Lupa bawa iron, idea suami jarang tak jadi. Kalau isterinya kira nak pergi beli iron baru sahaja, katanya.
Guna plastik dan air panas jadikan seterika
Dalam video tersebut, kelihatan suaminya hanya menggunakan plastik dan air panas bagi menggantikan seterika yang tertinggal di rumah.
Dia menuang air panas ke dalam plastik sebelum mengikatnya, kemudian plastik berisi air panas itu diletakkan pada baju yang berkedut sebelum menggerakan plastik itu secara perlahan-lahan.
Apa yang mengejutkan, kaedah berkenaan sememangnya berkesan kerana kesan kedutan pada baju itu kelihatan hilang.
Siapa sangka, hanya berbekalkan plastik kosong dan air panas sahaja sudah boleh seterika baju.
@hnyy55 Klau bininya Kira nakpi beli iron bru jaaa😂😂#fypage#fypシ゚viral🖤tiktok ♬ suara asli – Sound MeMe
Netizen beri pelbagai reaksi, kagum dengan idea suami wanita itu
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video tersebut.
Kebanyakan netizen berasa kagum dengan idea yang digunakan oleh suami wanita terbabit untuk menggantikan iron yang tertinggal di rumah.
Pun begitu, tidak kurang juga yang menasihati wanita terbabit untuk membeli mini iron travel yang lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.




Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Travel Jauh-jauh, Ini 7 Tempat Menarik Yang Ada Di Selangor
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa ‘Kaki Travel’ Lagi Sukakan Malaysia Tercinta Berbanding Negara Lain

![Individu Dakwa Sisa Daging Dibuang Dalam Sungai, Netizen Persoal Tanggungjawab & Adab Korban [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)


