Didakwa Halang Laluan Di Jalan Raya, Polis Siasat Treler Tular Bawa Helikopter

LocalCars
13 Dec 2025 • 1:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Tular di media sosial baru-baru ini berkenaan sebuah video yang memaparkan sebuah lori treler yang membawa helikopter telah menjejaskan kelancaran lalu lintas di jalan raya di Subang Jaya.

Susulan kejadian itu, pihak polis mengatakan pihak mereka membuka kertas siasatan untuk menyiasat kejadian berkenaan, lapor Berita Harian.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar waktu petang pada 4 Disember lalu di mana lori treler yang membawa helikopter itu tidak dapat melalui susur jalan dari Lebuhraya Shah Alam ke arah Persiaran Kewajipan.

@black.lifestyle2

#KL #police #roadblook #malaysia #today helicopter

image is not available

Difahamkan, ia berlaku kerana muatan yang terlalu panjang sekali gus ia menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut sehingga menghalang pergerakan pemandu kereta dan penunggang motosikal pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, turut difahamkan bahawa kejadian berkenaan juga telah mengganggu perjalanan sebuah ambulans.

Setakat ini, (ketika artikel ini ditulis), nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat masih belum dapat dikenal pasti.

Siasatan pihak polis masih lagi berjalan.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.