Polis Sedang Siasat Treler Angkut Helikopter di Kesas!

13 Dec 2025 • 11:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah treler yang mengangkut sebuah helikopter sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke susur arah Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada 4 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian menerusi video tular di TikTok sekitar pukul 8.06 malam, semalam.

“Siasatan awal mendapati treler yang sedang membawa muatan sebuah helikopter tidak dapat melalui susur jalan tersebut akibat muatan terlalu panjang sehingga mengakibatkan kesesakan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Dalam kejadian ini juga sebuah ambulans turut dilihat terganggu perjalanannya akibat daripada kesesakan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Wan Azlan berkata, pihak polis masih belum mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat.

Kes disiasat di bawah kaedah Rule 9(2) LN 166/59.