Didakwa Hamilkan Wanita, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Berniat Jahat Untuk Jatuhkan Reputasi Saya”

19 Oct 2023 • 3:40 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Aniq Suhair bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan menghamilkan seorang wanita seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai berniat jahat, Aniq berkata dakwaan itu dibuat untuk memburukkan reputasi dan nama baiknya.

“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini. 

“Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya,” maklumnya menerusi kenyataan di Instagram miliknya sebentat tadi.

        View this post on Instagram                      

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)
















image is not available