Tular Isu Mengandungkan Perempuan, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan

Entertainment
19 Oct 2023 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, timbul satu khabar angin berkenaan dengan seorang artis lelaki bermuka jambu yang hamilkan seorang wanita. Malah, dakwaan mengatakan bahawa pelakon itu tidak mahu bertanggungjawab.

Terpanggil dengan isu tersebut, tuan empunya badan iaitu Aniq Suhair tampil bersuara menerusi Instagram miliknya.

image is not available

Jelasnya dakwaan yang dilemparkan itu adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasinya dan nama baiknya.

Malah, pelakon itu juga sudah mengarahkan peguam untuk ambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baiknya serta keluarga termasuklah memulakan tindakan saman.

Walau bagaimanapun, berkenaan dengan isu tersebut, Aniq memilih untuk berdiam diri atas nasihat peguamnya. Dia juga tidak mahu menjejaskan sebarang proses undang-undang. Katanya lagi, dia juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.