Didakwa Jadi Keldai Wang, Pempengaruh Malaysia Ditahan Di Taiwan

Entertainment
19 Dec 2024 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pempengaruh Malaysia ditahan di Taiwan selepas dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke negara itu.

Menurut laporan Harian Metro, pada 11 Disember lalu, Balai Polis Yuanlin di Daerah Changhua menahan pempengaruh yang berusia 31 tahun dengan nama keluarga yang sama dengan individu yang dilaporkan hilang itu.

image is not available

Difahamkan, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Hu Chang Mun itu didakwa bekerja sebagai keldai wang untuk sindiket penipuan ketika lawatannya ke Taiwan.

Hu dilaporkan terbabit dalam penipuan pelaburan yang menyasarkan seorang wanita Taiwan berusia 40 tahun, wanita terbabit dilaporkan menjadi mangsa skim penipuan itu selepas menyertai ‘platform pelaburan dengan keuntungan terjamin’ di media sosial.

Dia yang mengalami kerugian besar itu lalu membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu.

Pada 11 Disember lalu, ketika pertemuan ketiga dengan Hu untuk menyerahkan NT$2 juta (kira-kira RM276,000), polis bertindak campur tangan dan menangkapnya di tempat kejadian.

Selepas disoal siasat, polis mendakwa Hu atas kesalahan penipuan, pengubahan wang haram dan pelanggaran undang-undang perbankan.

Setakat artikel ini ditulis, dia difahamkan masih dalam tahanan sementara menunggu siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.