Didakwa ‘Makan’ Duit Pelanggan Dan Beri Tiket Palsu, Kim Seri Akhirnya Beri Respon

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 11:01 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kim seri

Nama pempengaruh Malaysia yang kini menetap di Korea, Kim Seri, sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial selepas didakwa menipu pelancong yang menggunakan khidmatnya untuk bercuti di Korea Selatan.

Salah seorang mangsa di TikTok mendakwa terkandas di lapangan terbang di Korea selepas menyedari tiket penerbangan pulang yang diberikan Kim Seri adalah palsu.

Kim Seri didakwa tipu tiket flight

@shmnrn11

Sampai airport nama tak wujud guys!!!! KIMSERI PLEASE BERTANGGUNGJAWAB, MANA DUIT KAMI YG BAYAR 2 BULAN LEPAS??? Banyak lagi nak spill nii sabar japp ehh #kimseriproblem #kimseritakbayarticketflight #kimserihilang #kimserisidaicustomer

♬ original sound – Shmnrn – Shmnrn

Di laman Threads pula, seorang individu memuat naik senarai nama-nama mangsa yang dipercayai telah ditipu oleh Kim Seri.

image is not available

Lebih mengejutkan, senarai tersebut mendakwa Kim Seri berhutang dengan 28 individu dengan jumlah keseluruhan kerugian mencecah lebih RM350,000!

Kim Seri akan uruskan ‘refund’

Terbaru, beliau memberitahu akan menguruskan ‘refund’ bagi trip ke Korea yang dibatalkan sebelum jam 4 petang hari ini.

image is not available

Katanya lagi, dia akan memberi beberapa maklumat termasuk nombor WhatsApp baru untuk dihubungi berkenaan bayaran balik yang akan dilakukan dari masa ke masa.

image is not available

Kim Seri juga meminta maaf serta berjanji akan menyelesaikan bayaran sebelum 1 Februari 2025.

image is not available

Sebelum itu, pempengaruh kontroversi ini ada berkongsi petikan mengenai takdir hidup yang diyakini adalah sesuatu yang terbaik buatnya.

#OhmediaNasihat

Dalam berbisnes, kepercayaan pelanggan adalah sangat penting untuk memastikan perniagaan terus maju. Apatah lagi apabila ianya melibatkan wang ringgit, masa dan tenaga orang lain. Diharapkan Kim Seri dapat menyelesaikan masalah yang dikaitkan dengannya dengan baik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Kim Seri