
PYONGYANG – Kecoh berita mengenai pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un meninggal dunia sebenarnya beliau kelihatan sihat bersama anak dan isteri melawat sebuah pameran industri pakaian dan kasut.
Pendedahan visual itu selepas media antarabangsa membuat khabar angin liar di media sosial yang mendakwa beliau telah meninggal dunia.
Laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap News Agency, mendedahkan bahawa dakwaan palsu itu mula tersebar luas setelah dipetik oleh beberapa tabloid asing termasuk The Sun dan New York Post.
Spekulasi tersebut mendakwa Jong Un mengalami pendarahan otak yang teruk, koma, dan meninggal dunia di sebuah hospital di Beijing, China.
Bagaimanapun, agensi perisikan dan pegawai keselamatan Korea Selatan mengesahkan tiada sebarang bukti atau pergerakan luar biasa yang menyokong dakwaan tersebut.
Tindakan pantas media Korea Utara telah menyiarkan lawatan Jong Un di Pameran Pakaian dan Kasut Nasional 2026 yang berlangsung di Pyongyang.
Beliau dilaporkan ditemani anak perempuannya, Kim Ju Ae, serta isterinya, Ri Sol Ju. Mereka dilihat tersenyum sambil memeriksa rekaan pakaian serta kasut yang dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan.- Agensi
The post Didakwa meninggal, Kim Jong-Un muncul santai bersama isteri,anak appeared first on Kosmo Online.




