Pilu, Ibu Empat Anak Meninggal Dunia Atas Motosikal Ketika Dipercayai Dalam Perjalanan Dapatkan Rawatan

WorldFamily & Parenting
21 Oct 2026 • 1:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pilu, Ibu Empat Anak Meninggal Dunia Atas Motosikal Ketika Dipercayai Dalam Perjalanan Dapatkan Rawatan

Seorang ibu kepada empat orang anak meninggal dunia di atas motosikal ketika dipercayai dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Ponorogo, Jawa Timur, lapor Detik.com.

Mangsa, 38, dilaporkan sedang menunggang motosikal dengan membawa seorang anaknya membonceng menuju ke tempat bidan kampung sebelum kejadian berlaku.

Ketua Polis Sektor Slahung, AKP Pitoyo, memaklumkan mangsa mempunyai sejarah penyakit berkaitan perut.

Ibu Empat Anak Meninggal Dunia Atas Motosikal

Ketika dalam perjalanan, mangsa tiba-tiba menepi dan memberhentikan motosikalnya. Tidak lama kemudian, dia dilaporkan tidak sedarkan diri.

Petugas perubatan kemudian datang ke lokasi untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Mangsa meninggalkan empat orang anak. Tiga daripadanya sedang mengikuti pengajian di pondok, manakala seorang lagi baru berusia empat tahun.

Baca juga:

Kini, keempat-empat anak itu tinggal bersama ibu saudara mereka selepas kehilangan ibu.

Jabatan Sosial Kabupaten Ponorogo turut memberikan maklum balas mengenai nasib empat beradik tersebut. Menurut jabatan itu, urusan kebajikan mereka akan disesuaikan dengan kehendak keluarga.

“Urusan keempat-empat anak ini diserahkan kepada keluarga mereka. Apakah yang keluarga mahukan? Jabatan Sosial akan memberikan bantuan mengikut keperluan dan harapan keluarga,” kata Ketua Bidang Perlindungan dan Jaminan Sosial jabatan berkenaan, Erni Prasetianingsih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved