Didakwa sebar New Age Movement? JAKIM tak berdiam diri! Tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 5:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil langkah mendapatkan penjelasan terus daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli susulan isu yang mengaitkan beliau dengan ajaran New Age Movement (NAM).

Pertemuan itu turut disertai Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Akar Akidah JAKIM serta pihak berkaitan bagi meneliti isu berkenaan berdasarkan disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ itu membolehkan penjelasan diperoleh secara langsung berhubung perkara yang dipersoalkan.

Image from: Didakwa sebar New Age Movement? JAKIM tak berdiam diri! Tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

Hasil sesi berkenaan, katanya, beberapa teguran, nasihat serta panduan telah disampaikan, khususnya membabitkan kandungan dan pengisian program yang telah dijalankan, selain pendekatan digunakan serta implikasinya terhadap agama dan akidah.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM kekal konsisten dan tegas dalam menolak sebarang ajaran, fahaman, amalan atau pendekatan yang bertentangan dengan syarak dan prinsip akidah Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Image from: Didakwa sebar New Age Movement? JAKIM tak berdiam diri! Tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

Kredit Foto: NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Sirajuddin berkata, perhatian turut diberikan terhadap kandungan atau pendekatan yang berpotensi menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah supaya perkara berkenaan diperbetulkan dan dimurnikan.

Beliau menegaskan, pengisian berkaitan agama juga perlu berteraskan disiplin ilmu Islam serta mendapat pandangan daripada pihak yang mempunyai autoriti.

Isu berkenaan timbul selepas sebuah halaman Facebook atas nama Masyitah Ashari mendakwa Marhamah mempunyai kaitan dengan ajaran NAM.

Image from: Didakwa sebar New Age Movement? JAKIM tak berdiam diri! Tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

Dakwaan itu turut menyebut bahawa NAM dianggap bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh sejumlah tokoh agama.

Sumber: FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM,  Masyitah Ashari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved