Didakwa Sengaja Perlekeh Bahasa Malaysia Di Tiktok, Wanita Dari Indo Ini Dikecam Hebat Netizen

13 Dec 2022 • 1:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen geram wanita ini menggunakan kosa kata yang tidak tepat

Didakwa Sengaja Perlekeh Bahasa Malaysia Di Tiktok, Wanita Dari Indo Ini Dikecam Hebat Netizen. Perlembagaan negara sudah meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia sendiri juga jarang-jarang nak memperlekehkan bahasa kebangsaan kita.

Namun, konten video wanita ini justeru telah menaikkan amarah sekaligus menerima hentaman dengan kecaman teruk warga netizen apabila dirinya kerap melakukan konten memperlekehkan bahasa kebangsaan kita.

image is not available
Didakwa Sengaja Perlekeh Bahasa Malaysia Di Tiktok, Wanita Dari Indo Ini Dikecam Hebat Netizen. Sumber gambar: Twitter

“Dari kecik sampai besar aku tak pernah dengar perkataan tu kecuali yang keluar dari mulut orang indo” -netizen

Telah tular beberapa video milik wanita ini di laman Twitter apabila dirinya memuat naik konten di Tiktok, dimana dirinya membanding-bandingkan bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia juga mentertawakan apabila dirinya menyatakan kosa kata dari bahasa Malaysia.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen bidas wanita tersebut dengan menyatakan bahawa kosa kata bahasa Malaysia yang diguna oleh wanita tersebut adalah tidak tepat. Bahkan perkataan tersebut tidak pernah digunakan oleh rakyat Malaysia sendiri.

image is not available
Sumber gambar: Twitter

“Dia taktau ke bahasa melayu antara bahasa yg lengkap dan stabil?” -netizen

Difahamkan menerusi Tiktok wanita tersebut, dirinya berasal dari Indonesia dan telah menetap di Tawau, Sabah bersama keluarganya. Rata-rata konten Tiktok wanita tersebut, dirinya berkongsi pemahaman beberapa bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Turki, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, termasuklah bahasa Malaysia.

Namun, perkongsiannya tersebut telah mencetuskan dan membuat netizen merasa marah akan kosa kata yang diguna wanita ini adalah tidak tepat, antaranya adalah perkataan pengawal keselamatan yang telah diterjemahkan kepada ‘penunggu maling’ dalam bahasa Malaysia menurutnya.

Wanita ini akhirnya menutup ruangan komen di akaun Tiktoknya setelah dibanjiri oleh hentaman netizen Malaysia. Walau bagaimanapun, ada yang menyebelahi wanita tersebut dengan menyatakan bahawa ianya sekadar jenaka semata-mata.

image is not available
Sumber gambar: Twitter

image is not available
Sumber gambar: Twitter

image is not available
Sumber gambar: Twitter

image is not available
Sumber gambar: Twitter

image is not available
Sumber gambar: Twitter