Didakwa Tak Ke Final Family Duo Sebab Kifarah Ibu, Ini Respon Shila Amzah

Entertainment
27 Nov 2023 • 5:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gagal untuk mara ke pusingan akhir Family Duo, ada segelintir pihak yang beranggapan, kegagalan penyanyi Shila Amzah itu adalah sebahagian daripada kifarah kerana bergaduh dengan ibu sendiri.

Bagaimanapun, Shila berpendapat bahawa, setiap orang ada kebebasan untuk bercakap apa sahaja mengenai dirinya dan keluarga, namun hanya mereka yang tahu kebenaran di sebaliknya.

image is not available

Manusia bukan Tuhan. Untuk mereka yang bercakap sebegitu, mereka tak lalui apa yang saya lalui. Seperti yang saya cakap, apa yang kami tonjolkan dalam media sosial itu sahaja yang orang ramai tahu.

“Mungkin cuma 30 peratus daripada perkara sebenar terjadi. Kalau hendak kata kifarah atau apa sahaja, baik, buruk semuanya datang daripada Allah.

”Apa yang buruk, datang daripada kita sebagai hambanya,” kata Shila.

Dalam pada itu, Shila turut memberikan nasihat berguna buat individu yang suka bercakap buruk mengenai orang lain agar mendidik hatinya supaya hormat perasaan sesama manusia.

“Kita kena terima dan normalisasikan bahawa setiap keluarga berbeza cara didikan dan pembawakan. Saya rasa orang-orang sebegini perlu dididik hati untuk lebih menghormati

“Mungkin tak terkena pada dirinya, tapi kena pada orang sekelilingnya dan boleh jadi pada anaknya sendiri. Allah Maha Mendengar. Jadi, jaga lisan.

“Apapun yang berlaku, dalam ucapan saya sebelum ini, saya tetap berterima kasih kepada mak ayah. Kalau tiada mereka, saya pun tiada di sini,” katanya lagi.

Berkenaan dengan keputusan Family Duo, Shila menjelaskan bahawa dia sudah dapat menjangkakan kegagalan bersama adiknya itu.

Menang atau tidak, kita semua tahu Shila seorang penyanyi berbakat dan hebat di pentas. All the best Shila!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.