Didakwa Terpaksa Layan Karenah Suami, Isteri Prince Syed Sound Netizen - “Hang Siapa, Ada Tidur Sebantal Dengan Aku Ke?”

26 Jun 2024 • 9:20 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada pempengaruh dan usahawan viral, Prince Syed iaitu Queen Syarifah menegur netizen yang mendakwa dirinya seolah-olah terpaksa melayan karaneh suaminya.

 

Netizen kuis isteri Prince Syed

 

Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun TikTok miliknya, Queen Latifah menjawab soalan netizen itu dengan nada sinis.

 

“Muka bini dia macam terpaksa layan karenah laki dia yang hurmmm. Sesuatu sangat,” tulis netizen itu.

 

 

 

 

Kalau tak tahu apa apa diam, jaga mulut

 

Queen Latifah kemudiannya membalas soalan tersebut dan menegaskan bahawa tuduhan itu sama sekali tidak benar.

 

“Terpaksa layan karenah suami kita? Hang siapa? Hang tau ke aku ni terpaksa layan laki aku. Ada hang tidur sebantal dengan aku ke, tak kan.

 

“Jadi kalau hang tak tau apa-apa diam. Jaga mulut hang. Tak terpaksa pun,” jawabnya.

 

Malah Prince Syed juga menyokong kenyataan isterinya itu.

 

“Tengok isteri saya sendiri yang cakap bukan saya ya,” jawab Syed ringkas.

 

Terdahulu, pasangan ini terkenal sebagai pempengaruh yang kerap menggayakan fesyen unik sehingga mengundang pelbagai komen netizen.

 

 

 

 

 

 

 

Antaranya busana bertemakan Barbie yang digayakan ketika hari raya juga menjadi tular sehingga ada yang kurang senang melihat fesyen keluarga itu.