Didapati Bersalah Mengedar Dadah Tahun 2011, Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Di Singapura

LocalPolitics
25 Sep 2025 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita yang meruntun jiwa, seorang rakyat Malaysia, K Datchinamurthy, 39 tahun, telah pun dikenakan hukuman gantung di Singapura, selepas disabitkan bersalah mengedar 44.96 gram heroin pada tahun 2015

Dikenakan hukuman gantung di Singapura

Walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan nyawanya, termasuk bantahan aman di Hong Lim Park, Singapura, hukuman itu tetap diteruskan.

Menurut bekas peguamnya yang juga aktivis hak asasi manusia, M Ravi, notis rasmi pelaksanaan hukuman mati tersebut diterima pada Ahad lepas dan turut dikongsikan bersama gambar Datchinamurthy di Facebook.

Untuk rekod, Datchinamurthy telah dijatuhi hukuman mati sejak tahun 2015, dan sepatutnya digantung pada tahun 2022, namun berjaya mendapatkan penangguhan sementara daripada Mahkamah Tinggi Singapura kerana memfailkan saman terhadap kerajaan Singapura.

Tiga lagi rakyat Malaysia yang lain lalui nasib yang sama

Selain Datchinamurthy, terdapat rakyat Malaysia yang kini menunggu hukuman mati di negara jiran yang senasib dengannya ialah P Pannir Selvam, S Saminathan dan R Lingkesvaran.

image is not available

image is not available

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tampil menggesa kerajaan Malaysia agar menggunakan semua saluran diplomatik dan perundangan yang ada demi melindungi hak dan nyawa warganegara Malaysia di luar negara.

Suhakam turut menyeru agar mekanisme hak asasi manusia antarabangsa dan serantau digerakkan untuk memastikan kes-kes sebegini tidak dipandang sepi.

image is not available 2025-09-25 12:19:57

Baru Nikah Minggu Lepas, Pengarah Kartun Ejen Ali Ditemui Meninggal Selepas Dilapor Hilang Di Sungai Kinabatangan