Didenda RM200,000 dan setahun penjara gara-gara miliki tenggiling

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 10:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Didenda RM200,000 dan setahun penjara gara-gara miliki tenggiling
Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan ke Mahkamah Lahad Datu.

LAHAD DATU - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dan denda sebanyak RM200,000 di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah memiliki tenggiling hidup.

Tertuduh Irfan Zainudin, 45, dijatuhkan hukuman itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suhailla Selag.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh kira-kira jam 5.30 petang 28 September lalu di kawasan perumahan pekerja di Kunak didapati memiliki tiga ekor tenggiling hidup spesis Pangolin (Manis javanica).

Haiwan tersebut daripada spesis yang dilindungi sepenuhnya disenaraikan dalam Jadual 1, Bahagian 1, Nombor 13 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan tertuduh tiada sebarang kebenaran untuk memilikinya.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dibawah subseksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum dibawah subseksyen 41(4)(a) Enakmen yang sama.

Dia boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM50,000 dan tidak lebih dari RM250,000 serta penjara untuk tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Primus Lambut manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved